blog wallpaper

Friday 10 August 2012

PPP :)



Penolong Pegawai Perubatan
Gred: U29, U32, U36, U41/42, U44, U48, U52, U54
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional, Sokongan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kem./Jab.: Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan
Jadual Gaji:
GREDPERINGKATGAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
U29
P1
P2
P3
RM1,311.58
RM1,391.91
RM1,475.66
RM3,599.85
RM3,851.11
RM4,073.20
RM145.00
U32
P1
P2
RM2,214.00
RM2,378.07
RM4,286.71
RM4,713.91
RM155.00
U36
P1
P2
RM3,454.82
RM3,695.80
RM5,289.31
RM5,829.36
RM180.00
U41
P1
P2
P3
RM2,259.08
RM2,367.58
RM2,480.79
RM5,562.91
RM5,900.80
RM6,234.25
RM225.00
U42
P1
P2
RM2,259.08
RM2,480.79
RM5,562.91
RM6,234.25
RM225.00
U44
P1
P2
RM3,422.66
RM3,795.31
RM5,921.26
RM6,518.66
RM250.00
U48
P1
P2
RM5,007.64
RM5,504.51
RM6,917.62
RM7,546.59
RM270.00
U52
P1
P2
RM5,641.31
RM6,175.92
RM7,571.29
RM8,238.00
RM290.00
U54
P1
P2
RM5,941.64
RM6,466.82
RM8,052.61
RM8,757.04
RM320.00
Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
LANTIKAN KE GRED U29
(a)(i)Diploma Pembantu Perubatan daripada Kolej Pembantu Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.
GRED U29 [ Gaji Permulaan P1 : RM1,687.59 ]
LANTIKAN KE GRED U41
(a)(i)ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.
GRED U41 [ Gaji Permulaan P1 : RM2,259.08 ]
Deskripsi Tugas :
Penolong Pegawai Perubatan Gred U29
1.Peranan Primer
1.1Penjagaan Perubatan Primer
i.Memeriksa, mendiagnosis dan merawat penyakit yang ringan.
ii.Memberikan pendidikan kesihatan berkaitan kepada individu, kumpulan dan masyarakat.
iii.Mendispens, memesan dan menyimpan ubat-ubatan.
iv.Membantu dalam program latihan paramedikal dan auksiliari kakitangan di bawah seliaannya.
v.Menyimpan semua rekod yang berkaitan dengan pendaftaran, penjagaan pesakit dan kematian.
1.2Penjagaan Kemalangan dan Kecemasan
i.Memberi rawatan awal dan segera serta sokongan bagi semua kes kecemasan dan merujukkan kes-kes berkenaan untuk pengendalian selanjutnya kepada Pegawai Perubatan.
ii.Sebagai Ketua Pasukan Ambulan dan memberi rawatan kecemasan mengikut protokol yang telah ditetapkan.
1.3Pentadbiran
i.Tugas-tugas penyeliaan kakitangan di bawah jagaannya serta memeriksa dan menyimpan alat pemulihan dan bekalan perubatan di Jabatan Pesakit Luar, Jabatan Kemalangan dan Kecemasan serta Ambulan.
ii.Menguruskan bilik mayat dan pemeriksaan bedah siasat mayat di hospital.
2.Peranan Khusus
2.1Penjagaan khusus di Unit-unit Khas dan wad-wad seperti Unit Ortopedik, Psikiatrik, Kardiologi dan lain-lain.
2.2Menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan mengendalikan latihan di jabatan atau program tertentu.
Penolong Pegawai Perubatan Gred U41
  • Memberi perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat dari aspek kuratif, pencegahan, promosi dan pemulihan dalam sistem perkhidmatan kesihatan di Malaysia.
  • Memberi rawatan kuratif, pencegahan serta perkhidmatan bantuan kecemasan di Pusat-pusat Kesihatan termasuk Dispensari Statik dan Bergerak, Jabatan Pesakit Luar dan Jabatan Kemalangan dan Kecemasan.
  • Memberi rawatan awal dan segera serta sokongan bagi semua kes kecemasan dan merujukkan kes-kes berkenaan untuk pengendalian selanjutnya kepada pegawai perubatan.

heartly from me..tq for reading ♡

0 comments:

Post a Comment