blog wallpaper

Sunday 23 August 2015

Mengenali kamu :)

assalamualaikum wbt 

sekembali aku ke ruang tinta ni , bermakna aku sudah tiada siapa untuk aku cerita ape yang aku pendam dalam hati ini.. 
selain Allah yang Maha Mendengar, 
hanya pada kamu sahaja tempat untuk aku luahkan 
 
kenapa dalam dunia ini ,  aku yang menyayangi kamu lebih dari segala yang di dunia ini 
kenapa aku yang mempercayai engkau lebih dari diri aku sendiri ,
kenapa aku berharap pada mu lebih dari kekecewaan yang aku terima 
 
kadang terfikir sejenak siapa aku di hati mu 
tidak seperti dlu , hanya sampingan yang mengisi ruang rindu yang beku 
kasihani lah hati ini jika kau renung kembali pada penciptanya. 
yang same mencipta hati kamu , jadi kau tentu tahu sakit nye bagaimana.. 
 
aku sangat menyayangi kamu sayang tapi tidak semua perkara dalam dunia ini perlu menjadi milik kita..
 
kadang kala ia perlu di lepaskan juga.
walau aku tahu aku tidak akan mampu, 
tidak salah untuk aku mencuba 
dari membiarkan kamu dan aku terluka. :)
 
salam sayang, 
yang pernah menjadi kesayangan mu . 
 
 
 

heartly from me..tq for reading ♡

0 comments:

Post a Comment