blog wallpaper

Sunday 23 August 2015

aku percaya dan kamu tidak..



percaya bahawa orang yang aku sangat yakin akan membantu aku bila masa aku ditimpa masalah padahal tidak merupakan hal paling kasihan yang terjadi dalam hidup ini. 

percaya bahawa orang yang aku yakin lebih menyayangi aku seperti aku menyayangi dia sejak dulu padahal kasih nya telah pudar merupakan hal yang paling kasihan terjadi pada aku. 

percaya bahawa orang yang aku tidak pernah sangsi kejujuran nye percaya pada setiap kata kata aku yang sememang nya tidak ada dusta padahal die bersoal banyak untuk mendengar setiap butir kata yang keluar dari mulutku adalah kasihan buat aku ..

percaya yang die akan merindukan aku seperti aku rindu pada suatu yang tidak pernah aku jumpa padahal tidak sedikit pun fikiran nye memikirkan aku ada hal paling kasihan dalam hidup ini.


terimakasih akan kasih mu sayang 


tapi bukan kasihan yang aku perlukan 
aku cuma perlu masa kamu 
bukan sejam bukan sehari bukan setahun 
aku cuma minta lima minit untuk mendengar kau mengasihi ku 
padahal kau punya dua puluh empat jam sehari , 
amat kasihan buat hati ini..

maafkan ketidak sempurnaan aku 
hanya kerana kau sempurna , 
janganlah kau layan aku seperti aku mengemis cinta kamu . :")

**andai kau baca satu hari nanti , aku tidak menyalahkan kamu.
kamu istimewa tetapi aku pinta berhenti lah kasihan kan aku.. 
heartly from me..tq for reading ♡

0 comments:

Post a Comment